IBRANI 11:22-29
IBRANI 11:22-29 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana beriman, Yusuf ketika hampir meninggal berkata tentang keluarnya orang Israel dari Mesir. Dia juga berpesan tentang apa yang harus dilakukan dengan jenazahnya. Kerana beriman, ibu bapa Musa menyembunyikan dia selama tiga bulan setelah dia lahir. Mereka melihat bahawa Musa bayi yang comel, dan mereka tidak takut menentang titah raja. Kerana beriman, Musa sesudah menjadi dewasa, tidak mahu disebut anak puteri raja Mesir. Musa lebih suka menderita bersama-sama umat Allah daripada menikmati kesenangan hidup berdosa untuk sementara waktu. Musa berpendapat bahawa jauh lebih berharga menanggung hinaan bagi Penyelamat yang diutus oleh Allah daripada mendapat segala harta negeri Mesir, kerana Musa mengharapkan pahala pada masa yang akan datang. Kerana beriman, Musa meninggalkan Mesir tanpa berasa takut akan kemurkaan raja. Musa tidak mahu berpatah balik, kerana seolah-olah dia sudah nampak Allah yang tidak kelihatan itu. Kerana beriman, Musa memulakan Paska dan memberikan perintah supaya darah dipercikkan pada pintu, agar Malaikat Maut tidak membunuh anak laki-laki sulung orang Israel. Kerana beriman, orang Israel dapat menyeberang Laut Merah, seolah-olah mereka berjalan di atas tanah yang kering. Ketika orang Mesir cuba menyeberang, mereka mati lemas di dalam laut itu.
IBRANI 11:22-29 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka ulih sŭbab iman itu juga tŭtkala Yusof hampir mati, maka iya mŭnyŭbutkan deri hal bŭrpindahan bŭnih Israil, sambil iya bŭr pŭsan deri hal tulang tulangnya. Adapun deri sŭbab iman itu juga, maka tŭtkala Musa dipranakkan, maka iya tŭlah disŭmbunyikan ulih ibu bapanya tiga bulan lamanya, sŭbab dilihat ulih marika itu, iya sa’orang anak yang elok adanya; maka tiadalah marika itu takot akan hukum raja itu. Maka ulih sŭbab iman itu juga tŭtkala Musa sudah akal balih, maka ŭngganlah iya akan disŭbutkan sa’orang anak anak pŭrampuan Firaon. Disukainya rŭmaklah iya mŭnanggong kasukaran bŭrsama sama dŭngan kaum Allah, tŭrlebih deripada bŭrulih kasukaan dosa hingga skutika sahja lamanya; Maka direlainya pula, bahwa kachelaan Almasih yaani tŭrlebih bŭsar kŭkayaannya deripada pŭrbandaharaan diMasir: ulih sŭbab iya tŭlah mŭngŭnangkan balasan fahala itu Adapun deri sŭbab iman itu juga, bahwa Musa mŭninggalkan Masir, dŭngan tiada ditakutinya morka raja itu: kŭrna iya tŭlah mŭnahani dirinya sa’olah olah dipandangnya akan dia yang raib itu. Adapun ulih sŭbab iman itu juga, maka iya tŭlah mŭmbuat hari raya Langkah, dan adat mŭmŭrchekkan darah, supaya jangan iya yang mŭmbinasakan sagala anak anak sulong itu mŭngusik akan marika itu Adapun ulih sŭbab iman itu juga, sagala marika itu tŭlah mŭnyŭbrang laut Kulzom spŭrti bŭrjalan didarat juga adanya: maka orang orang Masir itupun handak mŭnurot itu, maka habislah tŭngglam.
IBRANI 11:22-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Melalui iman Yusuf, apabila hampir sampai ajalnya, telah menyebut pemergian kaum Israel dan berpesan tentang tulang-tulangnya. Melalui iman Musa telah disembunyikan oleh ibu bapanya selama tiga bulan sejak lahirnya, kerana mereka melihat bahawa dia seorang bayi yang berparas istimewa dan mereka tidak takut akan perintah raja. Melalui iman Musa, setelah besar, tidak mahu disebut anak kepada puteri Firaun. Dia memilih untuk menanggung kesusahan bersama umat Allah daripada menikmati nikmat sementara melakukan dosa. Baginya celaan yang ditanggung Kristus lebih berharga daripada seluruh kekayaan Mesir; kerana dia berharap mendapat ganjaran. Melalui iman dia meninggalkan Mesir, tanpa takut akan kemurkaan raja; kerana hatinya teguh seolah-olah dia melihat Allah yang tidak mungkin dilihat. Melalui iman dia mengadakan Perayaan Paskah dan perenjisan darah, supaya pembunuh anak-anak sulung tidak menyentuh anak-anak sulung Israel. Melalui iman mereka menyeberangi Laut Merah seolah-olah berjalan di darat, sedangkan orang Mesir yang cuba berbuat demikian mati lemas.