IBRANI 11:17-19
IBRANI 11:17-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana beriman, Abraham mempersembahkan anaknya, Ishak, sebagai korban, ketika Allah menguji Abraham. Allah memberikan janji-Nya kepada Abraham, namun Abraham bersedia mempersembahkan anaknya yang tunggal sebagai korban. Allah sudah berfirman kepadanya, “Melalui Ishak engkau akan beroleh keturunan yang Aku janjikan.” Abraham yakin bahawa Allah berkuasa membangkitkan Ishak daripada kematian. Oleh itu boleh dikatakan, Abraham sudah menerima Ishak kembali daripada kematian.
IBRANI 11:17-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun ulih sŭbab iman itulah juga tŭtkala Ibrahim dichobai Allah, maka iya mŭmpŭrsŭmbahkan Isahak; bahwa sŭsungguhnya iya yang tŭlah mŭnŭrima pŭrjanjian pŭrjanjian itu mŭmpŭrsŭmbahkan anak laki lakinya yang tunggal itu. Maka deri halnya pula tŭlah dikatakan, Bahwa deri pada Isahaklah juga bŭnihmu akan dibilangkan. Sŭbab pada sangkanya, bahwa Allah itu bŭrkwasa akan mŭnghidopkan deripada matinya; maka deri situlah juga didapati ulih Ibrahim akan dia sa’olah olah suatu alamat.
IBRANI 11:17-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Melalui iman Abraham, apabila diuji, menyerahkan Ishak sebagai korban; dia yang menerima janji-janji itu mempersembahkan anak lelakinya yang tunggal. Tentang anak itu telah disebutkan, “Melalui Ishak, benih keturunanmu akan dipanggil.” Allah berkuasa membangkitkannya daripada kematian; dan secara perlambangan dia telah menerimanya semula daripada kematian.