IBRANI 10:35-39
IBRANI 10:35-39 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, janganlah putus harapan, kerana besar balasannya jika kamu tetap berharap. Kamu perlu bersabar supaya dapat melakukan kehendak Allah, dan dengan demikian menerima apa yang dijanjikan-Nya. Hal ini demikian, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Hanya sebentar lagi, lalu Dia yang akan datang itu akan segera tiba; Dia tidak akan berlambat. Umat-Ku yang melakukan kehendak-Ku akan percaya kepada-Ku dan hidup; tetapi jika ada antara mereka yang tidak lagi percaya kepada-Ku, Aku tidak berkenan kepadanya.” Kita ini bukanlah umat yang tidak lagi percaya kepada Allah, dan bukan umat yang sesat. Sebaliknya, kita beriman dan diselamatkan.
IBRANI 10:35-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka janganlah kiranya kamu buangkan yakinmu yang mŭndatangkan balasan bŭsar akan fahalanya itu. Kŭrna mahulah ada kapada kamu sabar, supaya kŭmdian deripada kamu sudah mŭlakukan kahandak Allah itu kŭlak, maka kamu akan mŭnŭrima pŭrjanjian itu. Kŭrna hanya sŭkutika juga lagi, iya yang handak datang itu, kŭlak akan datang, dan tiada iya bŭrlambatan lagi. Adapun orang bŭnar itu akan hidop ulih iman: tŭtapi jikalau barang sa’orang undur, maka tiadalah juga hatiku mŭrelai akan dia. Tŭtapi bukannya kami ini deripada orang yang undur sampie kapada kabinasaan: mŭlainkan deripada orang yang pŭrchaya juga hingga mŭndapat slamat jiwa adanya.
IBRANI 10:35-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, janganlah buangkan keyakinanmu, yang akan diberikan ganjaran besar. Kamu perlu tabah menderita. Dengan demikian, setelah kamu melakukan kehendak Allah, kamu dapat menerima janji itu: “Seketika sahaja lagi, Dia yang akan datang itu akan sampai tanpa berlengah-lengah. Sekarang orang yang benar akan hidup dengan iman; Tetapi jika sesiapa undur, jiwa-Ku tidak meredainya.” Tetapi kita bukanlah antara mereka yang undur ke arah kebinasaan, tetapi antara mereka yang beriman dan diselamatkan.