IBRANI 10:32-36
IBRANI 10:32-36 Alkitab Berita Baik (BM)
Ingatlah keadaan kamu pada masa lampau. Pada masa itu, setelah cahaya Allah menyinari kamu, sering kali kamu menderita, namun kamu tetap berjuang dengan gigih. Ada kalanya kamu dihina dan dianiaya di hadapan umum. Ada kalanya juga kamu rela menderita bersama-sama mereka yang diperlakukan demikian. Kamu ikut merasakan penderitaan orang yang dipenjarakan. Apabila segala milik kamu dirampas, kamu menanggungnya dengan gembira, kerana kamu tahu bahawa kamu masih mempunyai sesuatu yang lebih baik dan yang akan tahan selama-lamanya. Oleh itu, janganlah putus harapan, kerana besar balasannya jika kamu tetap berharap. Kamu perlu bersabar supaya dapat melakukan kehendak Allah, dan dengan demikian menerima apa yang dijanjikan-Nya.
IBRANI 10:32-36 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi ingatlah kamu akan masa yang dahulu itu, tŭtkala kumdian deripada kamu tŭlah ditrangkan, kamu tŭlah mŭnahani suatu pŭprangan kasusahan yang bŭsar; Maka sŭtŭngahnya, sŭbab kamu dijadikan pandang pandangan orang juga, baik derihal kachŭlaan kamu, atau kasusahan kamu, dan sŭtŭngahnya pula ulih sŭbab kamu bŭrtaulan dŭngan orang yang kŭna sama hal itu. Kŭrna kamu tŭlah mŭnaroh kasihan padaku dalam hal blungguku, dan kamu tŭlah mŭnahani dŭngan suka chita tŭtkala dirampas hartamu; kŭrna kamu mŭngatahui, bahwa adalah pada kamu pŭrulihan yang lebih baik, dan yang kŭkal dalam shorga. Maka janganlah kiranya kamu buangkan yakinmu yang mŭndatangkan balasan bŭsar akan fahalanya itu. Kŭrna mahulah ada kapada kamu sabar, supaya kŭmdian deripada kamu sudah mŭlakukan kahandak Allah itu kŭlak, maka kamu akan mŭnŭrima pŭrjanjian itu.
IBRANI 10:32-36 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi ingatlah masa silam, ketika kamu diberi cahaya kebenaran, kemudian kamu dengan ketetapan yang gigih menanggung penderitaan yang hebat; sebahagiannya apabila kamu sendiri diaibkan di khalayak ramai dengan celaan serta seksaan, dan sebahagiannya apabila kamu menjadi teman mereka yang diperlakukan demikian. Kamu telah merasakan belas kasih terhadap mereka yang terpenjara. Kamu telah menerima dengan sukacita apabila hartamu dirampas, kerana kamu tahu bahawa kamu mempunyai milik yang lebih baik dan kekal di syurga. Oleh itu, janganlah buangkan keyakinanmu, yang akan diberikan ganjaran besar. Kamu perlu tabah menderita. Dengan demikian, setelah kamu melakukan kehendak Allah, kamu dapat menerima janji itu