IBRANI 10:24-25
IBRANI 10:24-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Hendaklah kita perhatikan satu sama lain, supaya kita dapat saling memberikan dorongan untuk mengasihi satu sama lain dan untuk melakukan hal yang baik. Janganlah kita hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang saudara. Sebaliknya lebih-lebih lagi kita harus menggalakkan satu sama lain, kerana kita tahu bahawa tidak lama lagi Tuhan akan datang.
IBRANI 10:24-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka biarlah kami mŭngingat ingatkan sa’orang akan sa’orang, sŭrta mŭnggalak galakkan akan jalan bŭrkasih kasihan, dan pŭrbuatan yang baik. Dan janganlah mŭninggalkan pŭrkampongan kami sama sŭndiri, spŭrti adat stŭngah orang, mŭlainkan handaklah kami mŭmbri nasihat sa’orang akan sa’orang; bŭtapa lagi, sŭbab kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa hari kiamat itu adalah mŭnghampiri.
IBRANI 10:24-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Marilah kita saling perhatikan satu sama lain untuk menimbulkan kasih dan perbuatan yang baik. Jangan berhenti daripada berhimpun, seperti yang dilakukan oleh setengah-setengah orang. Nasihatilah sesama sendiri, terutamanya setelah kamu sedar Hari Tuhan itu kian hampir.