IBRANI 10:19-25
IBRANI 10:19-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Shahadan sŭbab itulah saudara saudaraku, kami mŭndapat brani masok kadalam tŭmpat tŭmpat yang suchi itu dŭngan bŭrkat darah Isa, Ulih jalan bahru, dan yang slamat yang dibahrui bagie kami, mŭnŭrusi tirie, iya itulah tubohnya; Dan lagi sŭbab kami mŭndapat sa’orang imam bŭsar atas orang isi rumah Allah. Maka biarlah kami mŭnghampiri akan dia dŭngan hati yang bŭnar, dŭngan iman yang yakin, sŭbab hati kami tŭlah dipŭrchekkan deripada angan angan yang jahat, dan tuboh kami disuchikan dŭngan ayer yang pŭrsih. Maka handaklah kami bŭrpŭgang tŭgoh tŭgoh akan pŭngakuan iman kami dŭngan tiada bŭrgoyang; kŭrna sŭtiawanlah iya yang tŭlah bŭrjanji itu. Maka biarlah kami mŭngingat ingatkan sa’orang akan sa’orang, sŭrta mŭnggalak galakkan akan jalan bŭrkasih kasihan, dan pŭrbuatan yang baik. Dan janganlah mŭninggalkan pŭrkampongan kami sama sŭndiri, spŭrti adat stŭngah orang, mŭlainkan handaklah kami mŭmbri nasihat sa’orang akan sa’orang; bŭtapa lagi, sŭbab kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa hari kiamat itu adalah mŭnghampiri.
IBRANI 10:19-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, saudara-saudara-ku, dengan kematian Yesus kita mempunyai kebebasan penuh untuk masuk ke Bilik Maha Suci. Yesus sudah membuka satu jalan baru bagi kita, jalan yang memberikan kehidupan. Jalan itu melalui tirai, iaitu tubuh Yesus sendiri. Sekarang kita mempunyai imam agung, yang bertanggungjawab terhadap rumah Allah. Oleh itu, marilah kita hampiri Allah dengan hati yang tulus dan iman yang teguh, dengan hati yang sudah disucikan daripada perasaan bersalah, dan dengan tubuh yang sudah dibersihkan oleh air bersih. Hendaklah kita berpegang teguh kepada harapan yang kita akui, kerana Allah dapat dipercayai dan Dia akan menepati janji-Nya. Hendaklah kita perhatikan satu sama lain, supaya kita dapat saling memberikan dorongan untuk mengasihi satu sama lain dan untuk melakukan hal yang baik. Janganlah kita hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang saudara. Sebaliknya lebih-lebih lagi kita harus menggalakkan satu sama lain, kerana kita tahu bahawa tidak lama lagi Tuhan akan datang.
IBRANI 10:19-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, saudara-saudara, kita telah mempunyai keberanian untuk masuk ke Tempat Yang Maha Suci melalui darah Yesus, melalui jalan yang baru dan hidup, yang dibukakan-Nya untuk kita, menerusi tirai, iaitu tubuh-Nya. Kita mempunyai Imam Besar di atas isi Rumah Allah. Maka marilah kita hampir dengan hati yang tulus dan iman yang teguh sepenuhnya. Hati nurani kita telah direnjis sehingga suci daripada kejahatan dan tubuh kita telah dibasuh dengan air yang bersih. Marilah kita berpegang teguh pada pengakuan harapan kita tanpa berganjak, kerana Dia yang berjanji sentiasa setia. Marilah kita saling perhatikan satu sama lain untuk menimbulkan kasih dan perbuatan yang baik. Jangan berhenti daripada berhimpun, seperti yang dilakukan oleh setengah-setengah orang. Nasihatilah sesama sendiri, terutamanya setelah kamu sedar Hari Tuhan itu kian hampir.