IBRANI 10:16-18
IBRANI 10:16-18 Alkitab Berita Baik (BM)
“Inilah perjanjian yang akan Aku buat dengan mereka pada masa akan datang, firman Tuhan, Aku akan menanamkan hukum-Ku di dalam hati mereka, dan menuliskannya di dalam fikiran mereka.” Dia juga berkata, “Aku akan melupakan segala dosa dan kejahatan mereka.” Oleh itu, apabila segala dosa dan kejahatan itu sudah diampunkan, persembahan korban untuk pengampunan dosa tidak diperlukan lagi.
IBRANI 10:16-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa inilah waad yang handak kudirikan pada marika itu, kumdian deripada masa itu, fŭrman Tuhan, Aku akan mŭmasokkan hukumku kadalam hati marika itu, dan aku akan mŭnyuratkan dia itu dalam ingatan marika itu. Maka dosa dosanya, dan kŭsalahannya itupun tiadalah aku ingat lagi. Maka kalau ada kahapusan skalian ini, maka tiadalah lagi pŭrsŭmbahan sŭbab dosa.
IBRANI 10:16-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan mereka selepas zaman itu, Tuhan berfirman: Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam hati mereka dan menuliskannya dalam fikiran mereka.” Dia menambah, “Dosa dan perbuatan mereka yang mungkar tidak akan Kuingati lagi.” Setelah ada pengampunan, tidaklah ada lagi persembahan untuk menebus dosa.