HAGAI 1:8-9
HAGAI 1:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekarang, naiklah ke bukit-bukit untuk mengambil kayu balak, lalu binalah semula Rumah-Ku. Maka Aku akan berkenan kepada kamu, dan Aku akan disembah lagi dengan cara yang sepatutnya. Kamu mengharapkan tuaian banyak, tetapi yang kamu dapat sedikit sekali. Apabila kamu membawa tuaian itu pulang, Aku meniupnya sehingga habis dibawa angin. Mengapa Aku melakukan hal itu? Aku melakukannya kerana Rumah-Ku masih reruntuhan, sedangkan kamu semua sibuk membina rumah masing-masing.
HAGAI 1:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Naiklah ke gunung, bawalah kayu dan bangunkan semula Bait itu; agar Aku bersukacita dengannya dan Aku dimuliakan, firman TUHAN. Kamu mengharapkan banyak, tetapi lihatlah betapa sedikit sahaja hasilnya. Ketika kamu membawanya ke rumah, Aku yang menghembuskannya. Mengapa? Demikianlah firman TUHAN alam semesta. Sebabnya bait-Ku terus usang dan terbiar dalam kerosakan, walhal kamu sibuk menguruskan rumah masing-masing.