HAGAI 1:3-7
HAGAI 1:3-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian dengan perantaraan Nabi Hagai, TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Hai umat-Ku, mengapa kamu tinggal di dalam rumah mewah, sedangkan Rumah-Ku masih reruntuhan? Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu! Kamu sudah menabur banyak benih, namun tuaian kamu sedikit. Kamu mempunyai makanan, tetapi tidak cukup untuk mengenyangkan kamu. Kamu mempunyai wain, tetapi tidak cukup untuk memuaskan hati. Kamu mempunyai pakaian, tetapi tidak cukup untuk memanaskan badan. Upah yang diterima kaum buruh tidak cukup untuk menyara hidup mereka. Tidakkah kamu sedar mengapa segala perkara itu berlaku?
HAGAI 1:3-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Maka datanglah firman TUHAN dengan perantaraan Nabi Hagai: “Sudah tibakah waktunya kamu mendiami rumah-rumah yang berpapan dengan baik walhal Bait ini terus usang dan terbiar dalam kerosakan? Lalu, beginilah firman TUHAN alam semesta: Perhatikanlah keadaanmu! Kamu menabur banyak, tetapi hasil tuaianmu sedikit sahaja. Kamu makan namun tidak berasa kenyang, dan kamu minum, tetapi tidak berasa puas. Kamu berpakaian namun badanmu tidak terasa panas. Orang yang menerima upah pula menyimpan upahnya dalam karung yang berlubang-lubang! Beginilah firman TUHAN alam semesta: Perhatikanlah keadaanmu!