HABAKUK 3:16-18
HABAKUK 3:16-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku mendengar semuanya itu dan aku gementar; bibirku bergetar kerana aku ketakutan. Tubuhku lemah tidak bermaya, kakiku tersandung ketika berjalan. Dengan tenang aku akan menanti waktunya Engkau menghukum orang yang menyerang kita. Walaupun pokok ara tidak berbunga, dan pokok anggur tidak berbuah, walaupun hasil pokok zaitun menyedihkan, dan ladang gandum mengecewakan, walaupun domba mati semuanya, dan kandang lembu kosong belaka, aku akan bersukacita dan bergembira selalu, kerana Engkau TUHAN Allah yang menyelamatkan aku.
HABAKUK 3:16-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika aku mendengarnya, gementarlah jiwa ragaku, bergetar bibirku mendengar bunyinya. Kereputan menulari seluruh anggotaku tewas kakiku lalu kurebah di tempatku. Namun dengan tenang akan kunantikan hari kesesakan, yang akan mendatangi bangsa yang bergerombol menyerang kami. Sekalipun pokok ara tidak berbunga dan pokok anggur tidak berbuah, biarpun hasil pokok zaitun mengecewakan dan ladang tidak menghasilkan bahan makanan, sekalipun domba ghaib daripada kurungannya dan tidak ada lembu di dalam kandang, aku akan bersuka ria kerana TUHAN dan bergembira kerana Allah yang menyelamatkan aku.