HABAKUK 2:2-3
HABAKUK 2:2-3 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN menjawab aku, “Tulislah dengan jelas apa yang Kunyatakan kepadamu, supaya dapat dibaca dengan mudah. Tulislah semuanya pada batu tulis daripada tanah liat. Tulislah perkhabaran itu kerana belum sampai masanya untuk berlaku. Tetapi masa itu akan segera tiba dan apa yang Aku nyatakan kepadamu ini akan pasti berlaku. Walaupun nampaknya masa itu lambat datang, tetapi tunggu saja; hal itu akan pasti berlaku dan tidak akan ditangguhkan.
HABAKUK 2:2-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lalu TUHAN menjawab aku demikian, “Tulislah penglihatan itu dengan jelas pada papan-papan loh, supaya orang yang berlari pun dapat membacanya. Memang penglihatan itu masih menanti waktu pernyataannya, tetapi akan segera menuju kesudahannya tanpa berdusta. Kalaupun tampak seperti lambat, tetap nantikannya, kerana pasti akan ternyatanya juga dan tidak akan berlengah.