HABAKUK 1:15-17
HABAKUK 1:15-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang Babilonia menangkap orang dengan mata kail, seolah-olah yang ditangkap itu ikan. Orang Babilonia menyeret tawanan mereka di dalam jala sambil bersorak-sorak kerana penangkapan itu! Bahkan mereka menyembah jala mereka dan mempersembahkan korban kepada jala itu, kerana jala memberi mereka rezeki berlimpah-limpah dan hidup mewah. Adakah selamanya mereka akan menggunakan pedang dan terus-menerus membinasakan bangsa-bangsa tanpa belas kasihan?
HABAKUK 1:15-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia menarik mereka semua dengan kail, menyeret mereka dengan jaring lalu mengumpulkan mereka dalam pukatnya lantas dia bersuka ria dan bergembira. Itulah sebabnya dia mempersembahkan korban bagi jaringnya dan membakar dupa bagi pukat tariknya, kerana semua peralatannya itu membolehkannya mendapat bahagian yang lumayan dan makanan yang mewah. Sebab itukah dia dapat terus mengosongkan jaring dan terus membunuh bangsa-bangsa tanpa belas kasihan?