HABAKUK 1:1-4
HABAKUK 1:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah perkhabaran yang dinyatakan oleh TUHAN kepada Nabi Habakuk. Ya TUHAN, sampai bilakah aku harus berseru minta pertolongan? Bilakah Engkau akan mendengarkan aku dan menyelamatkan kami daripada keganasan? Mengapa Engkau membiarkan aku mengalami kesusahan seperti ini? Bagaimana Engkau dapat tahan sabar dengan orang yang melakukan kejahatan? Kehancuran dan keganasan berlaku di sekelilingku. Pergaduhan dan pertengkaran berlaku di merata-rata tempat. Oleh itu undang-undang lemah dan tidak berguna; keadilan tidak pernah ditegakkan. Orang jahat selalu mengalahkan orang jujur di mahkamah; oleh itu keadilan diputarbalikkan.
HABAKUK 1:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pernyataan ilahi yang diperlihatkan kepada Nabi Habakuk. Berapa lama lagi, ya TUHAN, harus aku berteriak meminta tolong, tetapi Engkau tidak mahu mendengar? Adakah aku perlu menjerit “Keganasan!” kepada-Mu, namun Engkau tidak mahu menyelamatkan? Mengapakah Engkau membuat aku melihat kejahatan dan memandang kezaliman? Penjarahan dan keganasan terjadi di hadapanku. Persengketaan dan perbalahan berterusan. Maka hukum itu pincang dan keadilan tidak pernah muncul. Angkara kalangan fasiq mengepung orang benar; maka keadilan yang muncul itu diputarbalikkan.