KEJADIAN 6:5-10
KEJADIAN 6:5-10 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN nampak betapa jahatnya manusia di bumi; fikiran mereka sentiasa dipenuhi kejahatan. Oleh itu TUHAN menyesal kerana sudah menjadikan manusia dan menempatkan mereka di bumi. TUHAN begitu kecewa sehingga Dia berfirman, “Aku akan membinasakan manusia yang sudah Kuciptakan itu, dan juga semua binatang serta burung, kerana Aku menyesal menciptakan semuanya.” Tetapi Nuh menyenangkan hati TUHAN. Inilah riwayat Nuh. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Yafet, dan Ham. Nuh tidak berbuat salah, dan dia satu-satunya orang yang baik pada zamannya. Dia hidup akrab dengan Allah
KEJADIAN 6:5-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun begitu, TUHAN melihat kejahatan manusia besar di bumi, dan segala hasrat dan kecenderungan hati mereka sentiasa tertumpu pada kejahatan sahaja. Maka menyesallah TUHAN kerana Dia telah menjadikan manusia di bumi dan hal itu mendukakan hati-Nya. Berfirmanlah TUHAN, “Aku akan menghapuskan manusia yang telah Kuciptakan itu dari muka bumi — manusia dan juga haiwan, termasuk haiwan yang melata, dan burung-burung di udara — kerana hati-Ku kesal bahawa Aku telah menjadikan kesemuanya.” Tetapi Nuh mendapat rahmat di mata TUHAN. Inilah riwayat Nuh. Dalam kalangan yang sezaman dengannya, Nuh seorang yang benar dan tidak tercela. Dia hidup akrab dengan Allah. Nuh dikurniai tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Ham, dan Yafet.