KEJADIAN 50:19-21
KEJADIAN 50:19-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Yusuf berkata kepada mereka, “Jangan takut, kerana aku tidak dapat bertindak sebagai Allah. Kamu sudah bermuafakat untuk melakukan kejahatan kepadaku, tetapi Allah mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan, supaya banyak orang dapat diselamatkan seperti yang terbukti sekarang. Jangan khuatir. Aku akan mencukupi keperluan kamu dan anak-anak kamu.” Demikianlah Yusuf menenteramkan hati mereka dengan kata-kata yang ramah, sehingga mereka terharu.
KEJADIAN 50:19-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi kata Yusuf kepada mereka, “Jangan takut. Adakah diri aku ini Allah? Memang dahulu kamu berniat melakukan kejahatan terhadapku, tetapi Allah memaksudkan perbuatan kamu untuk tujuan yang baik sehingga wujud apa yang terjadi sehingga hari ini, iaitu dengan terpeliharanya kelangsungan hidup ramai manusia. Jadi, janganlah takut, aku akan menyediakan dan memenuhi keperluan hidupmu dan para anakmu.” Demikianlah Yusuf menenangkan hati mereka dengan kebaikan kata-katanya.