KEJADIAN 50:17-20
KEJADIAN 50:17-20 Alkitab Berita Baik (BM)
dia menyuruh kami mengatakan hal ini kepadamu, ‘Ampunkanlah kesalahan yang dahulu dilakukan saudara-saudaramu terhadapmu.’ Oleh itu, sebagai hamba-hamba Allah yang disembah oleh bapa kita, kami mohon, ampunkanlah kesalahan yang sudah kami lakukan.” Yusuf menangis ketika menerima pesan itu. Kemudian saudara-saudaranya sendiri datang dan sujud di hadapannya. Mereka berkata, “Kami ini hamba tuan.” Tetapi Yusuf berkata kepada mereka, “Jangan takut, kerana aku tidak dapat bertindak sebagai Allah. Kamu sudah bermuafakat untuk melakukan kejahatan kepadaku, tetapi Allah mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan, supaya banyak orang dapat diselamatkan seperti yang terbukti sekarang.
KEJADIAN 50:17-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
‘Beginilah harus kamu katakan kepada Yusuf: Ampunilah segala kesalahan dan dosa para saudaramu yang pernah berbuat jahat terhadapmu.’ Jadi, sekarang ampunkanlah kesalahan hamba-hamba Allah ayahmu.” Ketika Yusuf mendengar pesan itu, dia pun menangis. Kemudian datanglah para saudaranya lalu mereka sujud memberi hormat di hadapannya. Kata mereka, “Kami datang untuk menjadi hamba tuan.” Tetapi kata Yusuf kepada mereka, “Jangan takut. Adakah diri aku ini Allah? Memang dahulu kamu berniat melakukan kejahatan terhadapku, tetapi Allah memaksudkan perbuatan kamu untuk tujuan yang baik sehingga wujud apa yang terjadi sehingga hari ini, iaitu dengan terpeliharanya kelangsungan hidup ramai manusia.