KEJADIAN 42:35-38
KEJADIAN 42:35-38 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila mereka mengosongkan karung, masing-masing menjumpai kantung wangnya. Ketika mereka melihat wang itu, mereka dan bapa mereka takut. Kemudian bapa mereka berkata, “Kamu menyebabkan aku kehilangan semua anakku. Yusuf tiada lagi; Simeon pun tiada lagi; sekarang kamu mahu membawa pergi Benyamin pula. Akulah yang menderita!” Oleh itu Ruben berkata kepada bapanya, “Serahkanlah Benyamin ke bawah jagaan saya. Saya akan membawa dia kembali. Jika tidak, ayah boleh membunuh kedua-dua orang anak lelaki saya.” Tetapi Yakub berkata, “Tidak! Kamu tidak boleh membawa Benyamin. Abangnya sudah meninggal dan kini hanya dia yang tinggal. Jangan-jangan dia mendapat kecelakaan dalam perjalanan. Aku sudah tua, dan kesedihan yang kamu datangkan kepadaku akan mengakibatkan kematianku.”
KEJADIAN 42:35-38 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika mereka hendak mengosongkan karung mereka, kelihatan kantung wang masing-masing ada di dalam karung. Melihat kantung-kantung wang itu, mereka dan juga ayah mereka menjadi sangat ketakutan. Lalu Yakub, ayah mereka, berkata kepada mereka, “Kamu membuat aku kehilangan anak-anakku. Yusuf sudah tidak ada, demikian pula Simeon. Sekarang, Benyamin pun hendak kamu ambil. Akulah yang menanggung semua ini!” Kemudian Ruben berkata kepada ayahnya, “Bunuhlah kedua-dua orang puteraku jika aku tidak membawanya kembali kepada ayah. Serahkanlah dia ke dalam tanganku, maka aku akan membawanya kembali kepada ayah.” Tetapi jawabnya, “Anakku itu tidak boleh pergi bersama-sama kamu, kerana abangnya sudah mati, dan dia sendirilah yang masih hidup. Jika kemalangan menimpanya dalam perjalanan yang kamu tempuh, maka kamu akan membuat aku yang beruban ini turun ke alam kubur dalam dukacita.”