KEJADIAN 41:53-57
KEJADIAN 41:53-57 Alkitab Berita Baik (BM)
Tujuh tahun masa kelimpahan gandum, yang dinikmati negeri Mesir, berakhir. Kemudian datanglah tujuh tahun masa kebuluran, tepat seperti yang dikatakan Yusuf. Di setiap negeri lain ada kebuluran, tetapi di seluruh Mesir ada makanan. Apabila rakyat Mesir mula menderita kebuluran, mereka meminta makanan daripada raja. Oleh itu raja menyuruh mereka pergi kepada Yusuf dan mentaati segala sesuatu yang diperintahkannya. Apabila kebuluran itu semakin dahsyat dan meluas ke seluruh negeri, Yusuf membuka semua gudang lalu menjual gandum kepada orang Mesir. Orang dari seluruh dunia datang ke Mesir untuk membeli gandum daripada Yusuf, kerana kebuluran itu sangat dahsyat di merata tempat.
KEJADIAN 41:53-57 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Maka berakhirlah tujuh tahun kelimpahan di Tanah Mesir itu dan muncullah tujuh tahun bencana kebuluran, seperti yang telah dikatakan oleh Yusuf. Bencana kebuluran melanda semua negeri kecuali Tanah Mesir yang tetap ada makanan. Ketika kebuluran juga menimpa seluruh penduduk Tanah Mesir, berserulah mereka kepada Firaun meminta makanan. Lalu kata Firaun kepada semua orang Mesir itu, “Pergilah kepada Yusuf. Lakukanlah apa yang dikatakannya kepadamu.” Apabila bencana kebuluran itu melanda seluruh muka bumi, Yusuf membuka semua jelapang lalu menjual gandum kepada orang Mesir, kerana hebatnya bencana kebuluran itu di Tanah Mesir. Maka warga setiap negeri juga datang ke Mesir untuk membeli gandum daripada Yusuf lantaran begitu hebat kebuluran yang melanda seluruh bumi.