KEJADIAN 41:50-52
KEJADIAN 41:50-52 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebelum masa kebuluran sampai, Asnat isteri Yusuf, melahirkan dua orang anak lelaki. Yusuf berkata, “Allah sudah membuat aku lupa akan segala penderitaanku dan akan kaum keluarga bapaku.” Oleh itu dia menamakan anaknya yang sulung “Manasye”. Dia berkata lagi, “Allah sudah memberikan anak kepadaku di negeri aku mengalami kesukaran,” lalu dia menamakan anaknya yang kedua “Efraim”.
KEJADIAN 41:50-52 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebelum munculnya tahun bencana kebuluran itu Yusuf dikurniai dua orang anak yang dilahirkan oleh Asnat, anak Potifera, imam di On itu. Yusuf menamai anak sulungnya Manasye, kerana katanya, “Allah telah membuat aku lupa akan segala kesusahanku dan akan seisi rumah ayahku.” Anaknya yang kedua pula dinamainya Efraim, kerana katanya, “Allah telah mengurniakan anak kepadaku di negeri aku ditimpa kesusahan.”