KEJADIAN 41:39-40
KEJADIAN 41:39-40 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu raja bertitah kepada Yusuf, “Allah sudah memberitahukan segala perkara ini kepadamu, kerana itu jelaslah bahawa kamu lebih cerdas dan bijaksana daripada sesiapa pun. Beta melantik kamu menjadi gabenor, dan segenap rakyat akan mentaati perintahmu. Hanya beta yang lebih berkuasa daripadamu.”
KEJADIAN 41:39-40 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lalu Firaun berkata kepada Yusuf, “Kerana Allah telah menyatakan kepadamu semua hal ini, tentunya tidak ada orang yang sedemikian arif dan bijaksana seperti kamu. Kamu akan mengetuai istanaku, dan seluruh rakyatku harus tunduk kepada pentadbiranmu. Hanya takhta ini yang membuat aku lebih besar daripada kamu.”