KEJADIAN 41:14-15
KEJADIAN 41:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu raja menyuruh orang memanggil Yusuf datang menghadap, lalu Yusuf segera dikeluarkan dari penjara. Setelah Yusuf bercukur dan berganti pakaian, dia dibawa menghadap raja. Raja bertitah kepadanya, “Beta sudah bermimpi, tetapi tiada seorang pun dapat menjelaskan erti mimpi itu. Beta sudah diberitahu bahawa kamu dapat mentafsirkan mimpi.”
Kongsi
Baca KEJADIAN 41KEJADIAN 41:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Maka Firaun memerintahkan orang untuk memanggil Yusuf, dan dengan segera dia dikeluarkan dari kurungan. Setelah bercukur dan berganti pakaian, masuklah dia menghadap Firaun. Kata Firaun kepada Yusuf, “Aku bermimpi, tetapi tiada seorang pun dapat mentafsirkannya. Lalu kudengar khabar tentang kamu yang mengatakan bahawa ketika kamu mendengar suatu mimpi, kamu dapat langsung mentafsirkannya.”
Kongsi
Baca KEJADIAN 41