KEJADIAN 4:8-10
KEJADIAN 4:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Kain berkata kepada Habel, adiknya, “Mari kita pergi ke padang.” Apabila mereka sampai di situ, Kain menyerang adiknya lalu membunuh dia. TUHAN bertanya kepada Kain, “Di mana Habel, adikmu?” Kain menjawab, “Aku tidak tahu. Haruskah aku menjaga adikku?” Kemudian TUHAN berfirman, “Mengapa engkau melakukan perbuatan yang dahsyat itu? Darah adikmu berseru kepada-Ku dari tanah, seperti suara yang berseru meminta pembalasan.
KEJADIAN 4:8-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun demikian, Kain berkata kepada Habel, adiknya, “Mari kita pergi ke ladang.” Semasa kedua-duanya berada di ladang, Kain menyerang Habel, adiknya, lalu membunuhnya. Maka berfirmanlah TUHAN kepada Kain, “Di manakah Habel, adikmu itu?” Jawabnya, “Aku tidak tahu! Adakah aku ini penjaga adikku?” Firman-Nya, “Apakah yang telah kamu lakukan? Dari bumi itu, darah adikmu itu berseru-seru kepada-Ku!