KEJADIAN 4:25-26
KEJADIAN 4:25-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Adam dan isterinya mendapat seorang anak lelaki lagi. Hawa berkata, “Allah sudah mengurniai aku seorang anak lelaki untuk menggantikan Habel yang dibunuh oleh Kain.” Maka Hawa menamakan anaknya Set. Set mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Enos. Pada zaman itulah orang mula menyebut nama TUHAN apabila beribadat.
KEJADIAN 4:25-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Adam meniduri isterinya lagi, lalu perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki dan menamainya Set, kerana katanya, “Allah telah mengurniaiku keturunan yang lain untuk menggantikan Habel, kerana Kain telah membunuhnya.” Seterusnya daripada Set pula lahirlah seorang anak lelaki dan dia menamainya Enos. Pada waktu itulah manusia mula menyeru nama TUHAN.