KEJADIAN 39:7-9
KEJADIAN 39:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Beberapa lama kemudian, isteri Potifar mula berahi terhadap Yusuf. Lalu dia mengajak pemuda itu tidur bersama dengan dia. Yusuf tidak mahu dan berkata kepadanya, “Maaf, puan, Tuan Potifar sudah mempercayakan segala miliknya kepada saya. Dia tidak perlu memikirkan apa-apa lagi di rumah ini. Kuasa saya sama besar dengan kuasanya di dalam rumah ini. Tiada sesuatu pun yang tidak dipercayakannya kepada saya kecuali puan. Bagaimana mungkin saya melakukan perbuatan sejahat itu dan berdosa terhadap Allah?”
KEJADIAN 39:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah beberapa waktu lamanya, isteri tuannya mengerlingkan mata kepada Yusuf dan berkata, “Mari, tidurlah dengan aku.” Tetapi Yusuf menolaknya. Katanya kepada isteri tuannya itu, “Sesungguhnya, dengan bantuanku tuanku itu tidak perlu memikirkan apa-apa lagi di rumah ini. Segala sesuatu yang dimilikinya telah diserahkannya ke dalam kuasa tadbir urusku. Di dalam rumah ini tidak ada seorang pun yang lebih besar kuasanya daripada aku, dan tuanku tidak menahan apa-apa pun daripada aku kecuali cik puan, kerana cik puan isterinya. Bagaimanakah mungkin aku melakukan kejahatan yang besar ini dan berdosa terhadap Allah?”