KEJADIAN 37:1-2
KEJADIAN 37:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Yakub menetap di negeri Kanaan. Dahulu bapanya Ishak, tinggal di negeri itu sebagai orang asing. Inilah kisah keluarga Yakub. Yusuf, anak Yakub yang berumur tujuh belas tahun, menjaga kawanan kambing dan domba bersama dengan saudara-saudaranya, iaitu anak-anak Bilha dan Zilpa, gundik bapanya. Yusuf memberikan laporan kepada bapanya tentang perbuatan jahat yang dilakukan oleh saudara-saudaranya itu.
KEJADIAN 37:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yakub tinggal di negeri tempat ayahnya menjadi pendatang, iaitu di Tanah Kanaan. Inilah salasilah keturunan Yakub. Maka Yusuf anaknya yang berusia tujuh belas tahun itu menggembalakan kawanan ternakan bersama-sama para saudaranya. Dia yang masih muda itu menyertai anak Bilha dan Zilpa, kedua-dua isteri ayahnya, dan Yusuf sering menyampaikan laporan yang buruk tentang saudara-saudaranya kepada ayahnya.