KEJADIAN 31:18-21
KEJADIAN 31:17-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yakub bersiap untuk pulang kepada bapanya di negeri Kanaan. Dia menaikkan semua isteri dan anaknya ke atas unta-unta, lalu dia menggiring ternakannya, dan membawa semua yang telah diperolehnya di Mesopotamia. Pada masa itu Laban berada di padang dan sedang menggunting bulu dombanya. Pada masa itulah Rahel mencuri patung pelindung keluarga kepunyaan bapanya. Yakub menipu Laban dengan tidak memberitahu keberangkatannya kepada Laban. Yakub mengambil segala harta miliknya lalu pergi dengan segera. Dia menyeberangi Sungai Efrat lalu menuju ke kawasan pergunungan Gilead.
KEJADIAN 31:18-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dibawanyalah semua ternaknya dan segala harta benda yang diperolehnya, iaitu ternak miliknya yang diperolehnya di Padan-Aram, untuk pergi kepada Ishak, ayahnya, di Tanah Kanaan. Dan ketika Laban pergi menggunting bulu domba-dombanya, Rahel sempat mencuri terafim milik ayahnya itu. Yakub mengakali Laban, orang Aram itu, dengan tidak memberitahu kepadanya bahawa dia berhasrat untuk lari. Maka larilah Yakub dengan segala sesuatu yang dimilikinya. Dia menyeberangi Sungai Efrat, lalu berjalan ke arah Pergunungan Gilead.