KEJADIAN 26:7-9
KEJADIAN 26:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila orang lelaki di sana bertanya tentang Ribka, dia berkata bahawa Ribka itu adiknya. Ishak tidak mahu mengaku bahawa Ribka itu isterinya, kerana dia takut orang lelaki di sana akan membunuhnya untuk mendapatkan Ribka yang sangat cantik itu. Selepas Ishak tinggal di sana beberapa lama, Raja Abimelekh memandang ke bawah dari tingkapnya dan nampak Ishak sedang bercumbu-cumbuan dengan Ribka. Maka Raja Abimelekh memanggil Ishak dan bertanya, “Bukankah wanita itu isterimu? Mengapa kamu mengatakan dia adikmu?” Ishak menjawab, “Hamba fikir hamba akan dibunuh jika mengatakan bahawa dia isteri hamba.”
KEJADIAN 26:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika para lelaki di tempat itu bertanya tentang isterinya, Ishak menjawab, “Dia saudaraku,” kerana dia takut mengatakan, “Dia isteriku.” Fikirnya, “Jangan-jangan aku dibunuh oleh para lelaki di tempat ini kerana Ribka yang amat cantik parasnya.” Setelah agak lama Ishak berada di situ, pada suatu kali, Abimelekh, raja orang Filistin, yang melihat keluar dari jendela, terlihat Ishak sedang bercumbuan dengan Ribka, isterinya. Maka Abimelekh memanggil Ishak dan berkata, “Ternyata dia isterimu! Bagaimana boleh kaukatakan, ‘Dia saudaraku’?” Jawab Ishak kepadanya, “Kerana fikirku, ‘Jangan-jangan aku mati kerana dia.’ ”