KEJADIAN 26:12-16
KEJADIAN 26:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Ishak menyemai benih untuk bercucuk tanam di negeri itu, dan pada tahun itu dia mendapat hasil seratus kali ganda kerana TUHAN memberkati dia. Kekayaannya semakin bertambah dan dia menjadi kaya raya. Orang Filistin berasa iri hati terhadapnya kerana dia mempunyai banyak kawanan domba dan lembu, serta banyak hamba. Oleh itu mereka menimbusi semua perigi yang telah digali oleh hamba-hamba Abraham, semasa Abraham masih hidup. Kemudian Raja Abimelekh bertitah kepada Ishak, “Tinggalkanlah negeri kami. Kamu sudah menjadi lebih berkuasa daripada kami semua.”
KEJADIAN 26:12-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ishak bertani di negeri itu dan dalam tahun itu juga dia memperoleh hasil seratus kali lipat ganda kerana TUHAN memberkatinya. Lalu dia menjadi kaya dan terus bertambah kaya, sehingga menjadi sangat kaya. Dia memiliki kawanan domba, kawanan lembu, dan banyak hamba, sehingga orang Filistin iri hati terhadapnya. Semua perigi yang digali oleh hamba-hamba ayahnya pada zaman Abraham, ayahnya, itu, telah ditutup oleh orang Filistin dan ditimbunkan dengan tanah. Kemudian Abimelekh berkata kepada Ishak, “Pergilah daripada kami, kerana kamu telah menjadi jauh lebih kuat daripada kami.”