KEJADIAN 24:2-4
KEJADIAN 24:2-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada suatu hari dia berkata kepada hambanya yang paling tua, yang mengurus segala harta bendanya, “Letakkanlah tanganmu di antara pangkal pahaku dan bersumpahlah. Bersumpahlah demi nama TUHAN, Allah yang menguasai langit dan bumi, bahawa kamu tidak akan mencari isteri untuk anakku Ishak, di kalangan orang di tanah Kanaan ini. Kamu harus kembali ke negeri tempat kelahiranku untuk mencari isteri baginya di kalangan saudara maraku.”
KEJADIAN 24:2-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada suatu hari berkatalah Abraham kepada hambanya, hamba yang tertua dalam rumahnya dan yang diberi kuasa atas segala sesuatu yang dimilikinya, “Letakkanlah tanganmu di bawah pahaku. Aku meminta kamu bersumpah demi TUHAN, Allah semesta langit dan Allah semesta bumi, bahawa kamu tidak akan mengambil seorang isteri bagi anakku dalam kalangan anak perempuan Kanaan, sekalipun aku tinggal dalam kalangan mereka. Tetapi kamu harus pergi ke negeri asalku dan kepada sanak saudaraku untuk mengambil seorang isteri bagi Ishak, anakku.”