KEJADIAN 22:15-18
KEJADIAN 22:15-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekali lagi, dari langit malaikat TUHAN berseru kepada Abraham, “TUHAN berfirman: Aku bersumpah demi nama-Ku sendiri; kerana engkau sudah melakukan hal ini dan tidak enggan menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku, Aku berjanji akan memberkati engkau dengan berlimpah-limpah dan menjadikan keturunanmu sebanyak bintang di langit serta sebanyak pasir di pantai laut. Keturunanmu akan mengalahkan musuh mereka. Semua bangsa di dunia akan memohon kepada-Ku supaya Aku memberkati mereka sebagaimana Aku telah memberkati keturunanmu, kerana engkau sudah mentaati perintah-Ku.”
KEJADIAN 22:15-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian untuk kali keduanya, malaikat TUHAN berseru kepada Abraham dari langit, sabda-Nya, “Demi diri-Ku sendiri Aku bersumpah, demikianlah firman TUHAN, kerana kamu telah melakukan hal ini dan dengan reda menyerahkan kepada-Ku anakmu, anak tunggalmu itu, maka pastilah Aku memberkatimu dan pastilah Aku memperbanyak keturunanmu seperti bintang di langit dan seperti pasir di tepi laut. Keturunanmu akan menguasai segala pintu gerbang musuh mereka, dan melalui benihmu semua bangsa di bumi akan diberkati, kerana kamu telah mematuhi kata-kata-Ku.”