KEJADIAN 18:31-33
KEJADIAN 18:31-33 Alkitab Berita Baik (BM)
Abraham berkata, “Ampunkanlah kelancanganku kerana tidak henti-henti bercakap kepada-Mu, ya Tuhan. Bagaimana jika hanya ada dua puluh orang?” TUHAN berfirman, “Aku tidak akan memusnahkan kota itu jika Aku mendapati dua puluh orang.” Abraham berkata, “Ya Tuhan, janganlah murka. Aku akan bercakap hanya sekali lagi. Bagaimana pula jika terdapat hanya sepuluh orang?” TUHAN berfirman, “Aku tidak akan memusnahkannya jika Aku mendapati sepuluh orang.” Selepas TUHAN berfirman kepada Abraham, TUHAN pergi, lalu Abraham pulang ke rumahnya.
KEJADIAN 18:31-33 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kata Abraham, “Sesungguhnya, aku memberanikan diri berbicara kepada TUHAN. Kalau didapati di sana dua puluh orang?” Firman-Nya, “Kerana dua puluh orang itu Aku tidak akan memusnahkannya.” Kata Abraham, “Semoga TUHAN tidak murka jika aku berbicara sekali ini sahaja lagi. Kalau didapati di sana sepuluh orang?” Firman-Nya, “Kerana kesepuluh orang itu Aku tidak akan memusnahkannya.” Setelah selesai berfirman kepada Abraham, TUHAN meninggalkan tempat itu, lalu Abraham pun kembali ke kediamannya.