KEJADIAN 17:2-7
KEJADIAN 17:2-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan membuat perjanjian-Ku denganmu dan memberikan keturunan yang banyak kepadamu.” Abram bersujud, lalu Allah berfirman, “Inilah perjanjian yang Aku buat dengan engkau: Aku berjanji bahawa engkau akan menjadi nenek moyang banyak bangsa. Oleh itu namamu tidak lagi disebut Abram, melainkan Abraham, kerana Aku menjadikan engkau nenek moyang banyak bangsa. Aku akan memberikan banyak anak cucu kepadamu, dan ada antara mereka yang akan menjadi raja. Engkau akan mempunyai keturunan yang sangat banyak sehingga mereka menjadi bangsa-bangsa. Aku akan menepati janji-Ku kepadamu serta keturunanmu turun-temurun, dan perjanjian itu abadi. Aku akan menjadi Allahmu dan Allah keturunanmu.
KEJADIAN 17:2-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan mengesahkan perjanjian antara Aku dengan kamu, dan Aku akan menjadikan keturunanmu sebegitu ramai.” Maka sujudlah Abram. Lalu Allah berfirman kepadanya, “Daripada pihak-Ku, inilah perjanjian-Ku dengan kamu: Kamu akan menjadi bapa kepada beberapa banyak bangsa. Namamu bukan Abram lagi, kini namamu Abraham, kerana Aku akan menjadikan kamu bapa kepada beberapa banyak bangsa. Aku akan membuat kamu beranak cucu sangat banyak. Melalui kamu Aku akan menjadikan bangsa-bangsa, bahkan raja-raja akan muncul daripada keturunanmu. Aku akan mengesahkan perjanjian-Ku antara Aku dengan kamu serta keturunanmu kelak, turun-temurun, menjadi suatu perjanjian yang kekal, iaitu bahawa Aku akan menjadi Allah kepadamu dan kepada keturunanmu.