KEJADIAN 15:1-19

KEJADIAN 15:1-19 Alkitab Berita Baik (BM)

Selepas itu, Abram mendapat penglihatan dan mendengar TUHAN berfirman kepadanya, “Jangan takut, Abram. Aku akan melindungi engkau daripada bahaya dan memberikan pahala yang besar kepadamu.” Tetapi Abram berkata, “Ya TUHAN Raja, apakah gunanya pahala itu bagiku kerana aku tidak mempunyai anak? Orang yang akan mewarisi hartaku hanya Eliezer, hambaku dari Damsyik. Engkau tidak mengurniakan anak kepadaku. Oleh itu yang mewarisi hartaku hanya seorang daripada hambaku.” Kemudian Abram mendengar TUHAN berfirman lagi kepadanya, “Hamba itu tidak akan mewarisi hartamu, melainkan anak lelakimu sendiri.” TUHAN membawa Abram ke luar lalu berfirman, “Pandanglah ke langit dan cubalah hitung bintang; engkau akan mempunyai keturunan sebanyak bintang.” Abram percaya kepada TUHAN, maka TUHAN berkenan kepadanya. Kemudian TUHAN berfirman lagi kepada Abram, “Akulah TUHAN yang sudah memimpin engkau keluar dari Ur di negeri Babilonia, untuk memberikan tanah ini kepadamu supaya menjadi milikmu.” Tetapi Abram bertanya, “Ya TUHAN Raja, bagaimana aku dapat mengetahui bahawa tanah ini akan menjadi milikku?” TUHAN menjawab, “Ambillah seekor lembu betina, seekor kambing betina, dan seekor domba jantan untuk-Ku. Setiap satunya harus berumur tiga tahun, dan ambil juga seekor burung merpati, serta seekor burung tekukur.” Kemudian Abram mengambil semuanya bagi Allah. Abram membelah lembu, kambing, dan domba itu. Dia meletakkan belahan-belahan binatang itu pada dua barisan, setiap belahan menghadap satu sama lain, tetapi dia tidak membelah burung. Burung-burung pemakan bangkai hinggap atas daging binatang itu, tetapi Abram menghalau semuanya. Ketika matahari mulai terbenam, Abram tidur lena, lalu perasaan takut dan ngeri meliputi dirinya. TUHAN berfirman kepadanya, “Keturunanmu akan menjadi orang asing di negeri lain; mereka akan menjadi hamba di sana dan akan ditindas selama empat ratus tahun. Tetapi Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba keturunanmu itu. Apabila keturunanmu meninggalkan negeri itu, mereka akan membawa banyak harta benda. Engkau sendiri akan lanjut usia; engkau akan meninggal dengan tenang, lalu dikebumikan. Selepas empat generasi, keturunanmu akan kembali ke sini, kerana Aku tidak akan mengusir orang Amori sebelum mereka menjadi terlalu jahat sehingga harus dihukum.” Setelah matahari terbenam dan hari sudah gelap, tiba-tiba sebuah dapur arang yang berasap dan obor yang bernyala, lalu di antara belahan-belahan binatang itu. Pada masa itu juga TUHAN membuat perjanjian dengan Abram. TUHAN berfirman, “Aku berjanji akan memberikan seluruh tanah ini kepada keturunanmu, mulai dari sempadan negeri Mesir hingga Sungai Efrat, termasuk juga tanah orang Keni, Kenas, Kadmon

KEJADIAN 15:1-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, datanglah firman TUHAN kepada Abram dalam suatu penglihatan demikian, “Jangan takut, Abram, Akulah perisaimu. Pahalamu akan sangat besar.” Jawab Abram, “Ya Tuhan ALLAH, apakah yang hendak Engkau kurniakan kepadaku? Sampai sekarang aku tidak mempunyai anak, dan yang akan mewarisi rumahku ialah Eliezer, orang Damsyik itu.” Kata Abram pula, “Sesungguhnya, Engkau belum mengurniakan kepadaku keturunan, sehingga hamba yang lahir di rumahkulah yang akan menjadi ahli warisku.” Tetapi datanglah firman TUHAN kepadanya demikian, “Bukan orang itu yang akan menjadi ahli warismu, melainkan anak lelaki darah dagingmu sendirilah yang akan menjadi ahli warismu.” Kemudian Dia membawa Abram keluar dan berfirman, “Menengadahlah ke langit dan hitunglah bintang jika kamu dapat menghitungnya.” Firman-Nya kepadanya, “Demikianlah banyaknya keturunanmu kelak.” Lalu Abram percaya kepada TUHAN dan TUHAN memperhitungkan hal itu baginya sebagai perbenaran. Seterusnya Dia berfirman lagi kepadanya, “Akulah TUHAN, yang membawa kamu keluar dari Ur-Kasdim untuk memberikan negeri ini kepadamu dan menjadikannya milikmu.” Kata Abram, “Ya Tuhan ALLAH, bagaimanakah akan kutahu bahawa aku akan memilikinya?” Firman Tuhan kepadanya, “Ambillah bagi-Ku seekor lembu betina muda, seekor kambing betina, dan seekor domba jantan, masing-masing berumur tiga tahun, juga seekor burung tekukur dan seekor anak burung merpati.” Abram mengambil semua itu bagi-Nya, membelahnya menjadi dua, lalu meletakkan belahan yang satu berhadapan dengan yang lain. Tetapi burung-burung tidak dibelah dua. Ketika burung-burung pemangsa hinggap di atas daging sembelihan itu, Abram pun menghalaunya. Menjelang matahari terbenam, Abram tertidur lelap. Tiba-tiba, dia diselubungi oleh kegelapan yang dahsyat dan ketakutan mencengkam dirinya. Kemudian TUHAN berfirman kepada Abram, “Ketahuilah sesuatu yang pasti bahawa keturunanmu akan menjadi pendatang di negeri orang dan akan diperhamba serta ditindas selama empat ratus tahun. Akan tetapi, Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba mereka, dan setelah itu mereka akan keluar dari negeri itu dengan membawa harta benda yang banyak. Akan tetapi, kamu pula akan pergi kepada nenek moyangmu dengan sejahtera. Kamu akan dimakamkan pada usia yang sangat tua. Keturunan yang keempat akan kembali ke sini, kerana kejahatan orang Amori belum mencapai tahap puncaknya.” Setelah matahari terbenam dan hari menjadi gelap, tiba-tiba tampaklah sebuah pendiangan yang berasap dan obor yang menyala-nyala bergerak-gerak di antara potongan-potongan daging itu. Pada hari itu juga TUHAN membuat perjanjian dengan Abram, firman-Nya, “Kepada keturunanmu Kuberikan negeri ini, dari Wadi Mesir sampai sungai besar, iaitu Sungai Efrat, meliputi tanah orang Keni, orang Kenas, orang Kadmon

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami