KEJADIAN 10:1-5
KEJADIAN 10:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah keturunan Sem, Yafet, dan Ham, anak-anak Nuh. Selepas banjir itu, ketiga-tiga mereka mendapat anak lelaki. Inilah anak-anak Yafet: Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras. Keturunan Gomer ialah penduduk Askenas, Rifat, dan Togarma. Keturunan Yawan ialah penduduk Elisa, Sepanyol, Siprus, dan Rodes. Mereka nenek moyang orang yang tinggal di sepanjang pantai dan di pulau-pulau. Mereka semua keturunan Yafet. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing, dan mempunyai bahasa sendiri.
KEJADIAN 10:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah keturunan anak-anak Nuh, iaitu Sem, Ham, dan Yafet. Kepada mereka, lahirlah anak-anak lelaki selepas banjir besar itu. Keturunan Yafet ialah Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras. Keturunan Gomer: Askenas, Rifat, dan Togarma. Keturunan Yawan: Elisa, Tarsis, Kitim, dan Rodanim. Daripada mereka inilah tersebar bangsa-bangsa daerah pesisir. Mereka hidup di tanah mereka sendiri, masing-masing dengan bahasa, kaum keluarga dan bangsa mereka.