KEJADIAN 1:11-13,29-30
KEJADIAN 1:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah berfirman lagi, “Hendaklah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan, iaitu jenis yang menghasilkan biji-bijian dan jenis yang menghasilkan buah.” Lalu hal itu berlaku. Demikianlah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan. Allah berpuas hati melihat hal itu. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang ketiga.
KEJADIAN 1:29-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku memberi kamu segala jenis tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan biji-bijian dan buah-buahan, sebagai makanan kamu. Aku memberikan rumput dan tanaman berdaun sebagai makanan kepada semua burung dan binatang liar yang lain.” Lalu hal itu berlaku.
KEJADIAN 1:11-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berfirmanlah Allah, “Hendaklah tanah menumbuhkan pelbagai tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya jenisnya membiak dan terus bertumbuh di bumi.” Maka terjadilah sedemikian itu. Maka tanah pun menumbuhkan pelbagai tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji. Dan Allah melihat semua itu baik. Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang ketiga.
Kejadian 1:29-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berfirmanlah Allah, “Lihatlah, Aku memberimu segala tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pokok buah-buahan yang berbiji; itulah akan menjadi makananmu. Dan kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuhan hijau sebagai makanannya.” Maka terjadilah sedemikian itu.