GALATIA 6:7-8
GALATIA 6:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah tipu diri sendiri. Tidak seorang pun dapat memperbodohkan Allah. Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya. Jika seorang menanam menurut tabiat manusianya, dia akan menuai kematian. Tetapi jika dia menanam menurut pimpinan Roh Allah, dia akan menuai hidup sejati dan kekal daripada Roh Allah.
GALATIA 6:7-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Janganlah kamu tŭrtipu, bahwa Allah tiada bulih dipŭrdayakan; kŭrna barang apa yang ditanami ulih sa’orang, maka itu juga akan dituwienya. Kŭrna barang siapa yang tŭlah mŭnanam bagie hawa nafsunya, maka deripada hawa nafsu juga iya akan mŭnuwie kabinasaan; akan tŭtapi barang siapa yang mŭnanam bagie Roh Allah, maka deripada Roh itu juga iya akan mŭnuwie slamat yang kŭkal.
GALATIA 6:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Janganlah tertipu: Allah tidak dapat dipermainkan, kerana apa yang disemai oleh seseorang, itulah yang akan dituainya. Orang yang menyemai bagi hawa nafsu manusia akan menuai kebinasaan daripadanya; manakala orang yang menyemai bagi Roh akan menuai hidup yang kekal.