GALATIA 6:3-5
GALATIA 6:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika seseorang menyangka dirinya penting, padahal tidak, orang itu menipu dirinya sendiri. Tiap-tiap orang harus memeriksa kelakuannya sendiri, sama ada baik atau tidak. Jika baik, dia boleh berbangga dengan hal itu. Tetapi dia tidak perlu membandingkan apa yang dilakukannya dengan apa yang dilakukan orang lain, kerana tiap-tiap orang harus memikul tanggungjawab masing-masing.
GALATIA 6:3-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna jikalau sa’orang mŭnyangkakan dirinya tŭlah mŭnjadi apa apa, apabila tiada apa apa, nŭschaya iya mŭnipu dirinya. Tŭtapi handaklah masing masing orang mŭmreksai pŭrbuatannya sŭndiri, maka kumdian kŭlak bulihlah iya mŭndapat kasukaan bagie dirinya sŭndiri sahja, bukannya bagie orang lain. Kŭrna masing masing orang patutlah kŭlak mŭnanggong tanggongannya sŭndiri.
GALATIA 6:3-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jika seseorang menyangka dirinya mempunyai kelebihan sedangkan dia sebenarnya tidak mempunyainya, maka dia menipu dirinya sendiri. Setiap orang harus menguji kerjanya sendiri, supaya dia dapat bermegah atas apa yang ada pada dirinya sahaja, bukan berbanding dengan apa yang ada pada orang lain. Sebabnya setiap orang akan menanggung bebannya sendiri.