GALATIA 6:2-6
GALATIA 6:2-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Hendaklah kamu saling menolong memikul beban. Dengan cara demikian kamu akan mentaati perintah Kristus. Jika seseorang menyangka dirinya penting, padahal tidak, orang itu menipu dirinya sendiri. Tiap-tiap orang harus memeriksa kelakuannya sendiri, sama ada baik atau tidak. Jika baik, dia boleh berbangga dengan hal itu. Tetapi dia tidak perlu membandingkan apa yang dilakukannya dengan apa yang dilakukan orang lain, kerana tiap-tiap orang harus memikul tanggungjawab masing-masing. Orang yang sedang menerima ajaran Kristus, harus memberi gurunya bahagian sepatutnya daripada semua yang baik yang dimilikinya.
GALATIA 6:2-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tanggong mŭnanggong kamu akan tanggongan sa’orang dŭngan sa’orang, maka dŭngan hal yang dŭmkianlah kamu kŭlak mŭnggŭnapi hukum Almasih. Kŭrna jikalau sa’orang mŭnyangkakan dirinya tŭlah mŭnjadi apa apa, apabila tiada apa apa, nŭschaya iya mŭnipu dirinya. Tŭtapi handaklah masing masing orang mŭmreksai pŭrbuatannya sŭndiri, maka kumdian kŭlak bulihlah iya mŭndapat kasukaan bagie dirinya sŭndiri sahja, bukannya bagie orang lain. Kŭrna masing masing orang patutlah kŭlak mŭnanggong tanggongannya sŭndiri. Biarlah orang itu yang diajarkan pŭrkataan Allah itu, mŭmbahgikan sagala pŭrkara yang baik kapada orang yang mŭngajar itu.
GALATIA 6:2-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tanggung-menanggunglah beban satu sama lain, dan dengan demikian laksanakan hukum Kristus. Jika seseorang menyangka dirinya mempunyai kelebihan sedangkan dia sebenarnya tidak mempunyainya, maka dia menipu dirinya sendiri. Setiap orang harus menguji kerjanya sendiri, supaya dia dapat bermegah atas apa yang ada pada dirinya sahaja, bukan berbanding dengan apa yang ada pada orang lain. Sebabnya setiap orang akan menanggung bebannya sendiri. Orang yang diajari firman hendaklah berkongsi segala yang baik dengan pengajarnya.