GALATIA 6:1-5
GALATIA 6:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, jika seseorang didapati melakukan sesuatu yang salah, hendaklah kamu yang hidup menurut pimpinan Roh Allah, membimbing orang itu kembali kepada jalan benar. Tetapi kamu harus melakukannya dengan lemah lembut. Berwaspadalah, supaya kamu sendiri tidak tergoda untuk berbuat hal yang sama. Hendaklah kamu saling menolong memikul beban. Dengan cara demikian kamu akan mentaati perintah Kristus. Jika seseorang menyangka dirinya penting, padahal tidak, orang itu menipu dirinya sendiri. Tiap-tiap orang harus memeriksa kelakuannya sendiri, sama ada baik atau tidak. Jika baik, dia boleh berbangga dengan hal itu. Tetapi dia tidak perlu membandingkan apa yang dilakukannya dengan apa yang dilakukan orang lain, kerana tiap-tiap orang harus memikul tanggungjawab masing-masing.
GALATIA 6:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SAUDARA saudara, maka jikalau kiranya sa’orang kŭdapatan salah, maka handaklah kamu yang digŭrakkan ulih Roh itu mŭmbaiki orang yang dŭmkian itu dŭngan prangie yang lŭmah lŭmbut, sambil mŭnimbang dirimu pun, asal jangan angkau pun kŭna pŭrchobaan. Tanggong mŭnanggong kamu akan tanggongan sa’orang dŭngan sa’orang, maka dŭngan hal yang dŭmkianlah kamu kŭlak mŭnggŭnapi hukum Almasih. Kŭrna jikalau sa’orang mŭnyangkakan dirinya tŭlah mŭnjadi apa apa, apabila tiada apa apa, nŭschaya iya mŭnipu dirinya. Tŭtapi handaklah masing masing orang mŭmreksai pŭrbuatannya sŭndiri, maka kumdian kŭlak bulihlah iya mŭndapat kasukaan bagie dirinya sŭndiri sahja, bukannya bagie orang lain. Kŭrna masing masing orang patutlah kŭlak mŭnanggong tanggongannya sŭndiri.
GALATIA 6:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara, jika seseorang didapati melakukan sesuatu kesalahan, kamu yang bersifat rohani pimpinlah dia ke jalan baik dengan lemah lembut, sambil menjaga dirimu, jangan sampai kamu turut tergoda. Tanggung-menanggunglah beban satu sama lain, dan dengan demikian laksanakan hukum Kristus. Jika seseorang menyangka dirinya mempunyai kelebihan sedangkan dia sebenarnya tidak mempunyainya, maka dia menipu dirinya sendiri. Setiap orang harus menguji kerjanya sendiri, supaya dia dapat bermegah atas apa yang ada pada dirinya sahaja, bukan berbanding dengan apa yang ada pada orang lain. Sebabnya setiap orang akan menanggung bebannya sendiri.