GALATIA 5:16-17
GALATIA 5:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah maksudku: Biarlah Roh Allah memimpin hidup kamu dan janganlah hidup menurut keinginan tabiat manusia. Hal itu demikian, kerana keinginan manusia bertentangan dengan keinginan Roh Allah, dan keinginan Roh Allah bertentangan dengan keinginan manusia. Kedua-duanya saling bermusuhan sehingga kamu tidak dapat melakukan apa yang kamu inginkan.
GALATIA 5:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka inilah pŭrkataanku, Bahwa handaklah kamu mŭnurot jalan Roh, maka tiadalah kŭlak kamu bŭrbuat kainginnan hawa nafsu itu. Kŭrna hawa nafsu itu ingin handak mŭlawan Roh, dan Roh itupun mŭlawan hawa nafsu itu: maka kaduanya itu bŭrlawan lawanan adanya: sahingga tiadalah dapat kamu mŭngadakan barang yang kamu kahandaki itu.
GALATIA 5:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku berkata, melangkahlah menurut Roh, maka kamu tidak akan memuaskan keinginan sifat tabii. Kerana keinginan tabii manusia menentang Roh, dan Roh menentang keinginan tabii manusia. Kedua-duanya berlawanan, supaya kamu tidak melakukan apa yang hendak kamu lakukan.