GALATIA 5:13-18
GALATIA 5:13-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, kamu sudah dipanggil untuk menjadi orang bebas. Tetapi janganlah jadikan kebebasan itu alasan untuk membiarkan diri dikuasai oleh hawa nafsu. Sebaliknya, kamu harus saling mengasihi dan saling menolong, kerana segenap Taurat tersimpul dalam satu perintah ini: “Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.” Tetapi jika kamu berlaku seperti binatang, saling mencedera dan menyakiti, berwaspadalah. Jika tidak, kamu akan membinasakan satu sama lain. Inilah maksudku: Biarlah Roh Allah memimpin hidup kamu dan janganlah hidup menurut keinginan tabiat manusia. Hal itu demikian, kerana keinginan manusia bertentangan dengan keinginan Roh Allah, dan keinginan Roh Allah bertentangan dengan keinginan manusia. Kedua-duanya saling bermusuhan sehingga kamu tidak dapat melakukan apa yang kamu inginkan. Tetapi jika Roh Allah memimpin kamu, kamu tidak dikuasai oleh Taurat.
GALATIA 5:13-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna, hie saudara saudara, kamu ini tŭlah dijŭmpot dalam hal kabibasan; maka jaganlah kamu mŭmakie kabibasan itu, akan mŭnurotkan hawa nafsu, mŭlainkan dŭngan kasihlah kamu bŭrlaku sa’orang dŭngan sa’orang. Kŭrna sagala hukum tauret itu, tŭlah tŭrhimpon dalam sa’patah kata juga, iya itu dŭmkian ini; Handaklah angkau mŭngasihi samamu manusia itu spŭrti dirimu sŭndiri. Tŭtapi jikalau kamu mŭngigit, atau mŭmakan sa’orang akan sa’orang, maka ingatlah kamu supaya jangan kŭlak kamu hangus kaduanya. Maka inilah pŭrkataanku, Bahwa handaklah kamu mŭnurot jalan Roh, maka tiadalah kŭlak kamu bŭrbuat kainginnan hawa nafsu itu. Kŭrna hawa nafsu itu ingin handak mŭlawan Roh, dan Roh itupun mŭlawan hawa nafsu itu: maka kaduanya itu bŭrlawan lawanan adanya: sahingga tiadalah dapat kamu mŭngadakan barang yang kamu kahandaki itu. Tŭtapi jikalau kamu kŭlak dipimpin ulih Roh, nŭschaya kamu tiadalah dibawah hukum tauret
GALATIA 5:13-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana kamu, saudara-saudara, telah dipanggil untuk mendapat kebebasan. Cuma, janganlah gunakan kebebasan sebagai kesempatan memuaskan hawa nafsu; tetapi berkhidmatlah untuk satu sama lain dengan kasih. Kerana seluruh hukum Taurat terlaksana dalam satu ayat: “Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.” Tetapi jika kamu gigit-menggigit dan makan-memakan sesama sendiri, berhati-hatilah, jangan sampai kamu saling membinasakan. Aku berkata, melangkahlah menurut Roh, maka kamu tidak akan memuaskan keinginan sifat tabii. Kerana keinginan tabii manusia menentang Roh, dan Roh menentang keinginan tabii manusia. Kedua-duanya berlawanan, supaya kamu tidak melakukan apa yang hendak kamu lakukan. Tetapi jika kamu dipimpin oleh Roh, kamu tidaklah di bawah hukum Taurat.