GALATIA 5:1,4-14

GALATIA 5:4-14 Alkitab Berita Baik (BM)

Jika kamu berusaha untuk berbaik semula dengan Allah melalui ketaatan kepada Taurat, kamu telah memutuskan hubungan dengan Kristus. Dengan demikian kamu hidup di luar naungan rahmat Allah. Tetapi bagi kami, kami berharap bahawa dengan pertolongan Roh Allah dan berdasarkan kepercayaan kami kepada Kristus, Allah memungkinkan kami berbaik semula dengan Dia. Kerana pada masa kita bersatu dengan Kristus Yesus, bersunat atau tidak bersunat tidaklah menjadi soal. Yang penting hanyalah kepercayaan kepada Kristus, dan hal itu nyata dalam kasih kita kepada orang lain. Dahulu kamu berjuang dengan baik. Siapakah yang menyebabkan kamu berhenti mentaati ajaran Tuhan? Siapakah yang sudah memujuk kamu? Tentu bukan Allah, yang telah memanggil kamu. Seperti kata orang, “Ragi yang sedikit boleh menjadikan seluruh adunan naik.” Meskipun demikian aku masih yakin bahawa kamu tidak akan mengikut pendirian lain, kerana kita semua sudah bersatu dengan Tuhan. Aku pun yakin bahawa orang yang mengacau fikiran kamu pasti akan dihukum oleh Allah. Tetapi tentang aku, saudara-saudaraku, jika aku mengajarkan bahawa orang perlu bersunat, mengapa aku masih dimusuhi? Jika aku masih berbuat demikian, maka perkhabaranku tentang salib Kristus tidak seharusnya menimbulkan persoalan. Aku berharap supaya semua orang yang mengacau fikiran kamu memisahkan diri daripada jemaah Kristian. Saudara-saudaraku, kamu sudah dipanggil untuk menjadi orang bebas. Tetapi janganlah jadikan kebebasan itu alasan untuk membiarkan diri dikuasai oleh hawa nafsu. Sebaliknya, kamu harus saling mengasihi dan saling menolong, kerana segenap Taurat tersimpul dalam satu perintah ini: “Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”

Galatia 5:4-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka Almasih itu kŭlak mŭnjadi satu pun tiadalah guna pada kamu, barang siapa deripada kamu yang tŭlah dibŭnarkan ulih tauret; maka kamu tŭlah gugorlah deripada anugrah. Kŭrna kami ini dŭngan bŭrkat Roh itu mŭnantikan harap akan dibŭnarkan ulih iman. Kŭrna pada Isa Almasih itu tiada bŭrguna, baik bŭrsunat atau tidak bŭrsunat, mŭlainkan iman yang dilakukan dŭngan kasih. Maka kamu dahulu lari baik, maka siapakah yang tŭlah mŭnahankan kamu supaya jangan kamu mŭnurot yang bŭnar itu. Adapun ajak itu bukannya deripada yang tŭlah mŭnjumpot kamu. Maka ragi yang sŭdikit itu mŭnghamirkan samua gumpal tŭpong. Maka adalah kuharap kamu dŭngan bŭrkat Tuhan, tiadalah kamu mŭnaroh ingatan yang lain; tŭtapi orang yang mŭngarukan kamu itu, iya kŭlak akan mŭnanggong hukumnya, siapa pun baik. Adapun aku ini, hie saudara saudara, jikalau ada lagi aku mŭngajar deri hal bŭrsunat itu, mŭngapakah aku ini diannyayakan juga? maka jikalau dŭmkian, kadŭngkian deri kŭrna salib itu bŭrhŭntilah sudah. Hie, kukahandakilah supaya marika itu dichŭriekan juga yang mŭngarukan kamu itu. Kŭrna, hie saudara saudara, kamu ini tŭlah dijŭmpot dalam hal kabibasan; maka jaganlah kamu mŭmakie kabibasan itu, akan mŭnurotkan hawa nafsu, mŭlainkan dŭngan kasihlah kamu bŭrlaku sa’orang dŭngan sa’orang. Kŭrna sagala hukum tauret itu, tŭlah tŭrhimpon dalam sa’patah kata juga, iya itu dŭmkian ini; Handaklah angkau mŭngasihi samamu manusia itu spŭrti dirimu sŭndiri.

GALATIA 5:1,4-14

GALATIA 5:1,4-14 BMGALATIA 5:1,4-14 BMGALATIA 5:1,4-14 BM