GALATIA 3:8-9
GALATIA 3:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Alkitab telah memberitahu terlebih dahulu bahawa Allah memungkinkan orang bukan Yahudi berbaik semula dengan Allah, jika mereka percaya kepada-Nya. Di dalam Alkitab tertulis bahawa Berita Baik itu diberitahu kepada Abraham sebelum perkara itu berlaku, “Melalui engkau, Allah akan memberkati semua umat manusia di atas bumi.” Abraham percaya lalu dia diberkati. Demikianlah Allah memberkati semua orang yang percaya kepada-Nya, seperti Dia memberkati Abraham.
GALATIA 3:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna sŭbab ditilik ulih kitab dahulu, bahwa Allah kŭlak akan mŭmbŭnarkan orang orang sŭsat itu deri sŭbab iman; maka tŭlah dibri tahu dahulu Injil itu kapada Ibrahim, katanya, Maka deripada angkaulah kŭlak sagala bangsa manusia akan bŭrulih slamat. Sŭbab dŭmkian itu, maka orang yang bŭriman itu pun bŭrulih bŭrkat bŭsŭrta dŭngan Ibrahim yang bŭrsŭtia itu.
GALATIA 3:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab telah diketahui bahawa Allah akan memperbenar bangsa asing melalui iman, Kitab Suci telah menyampaikan Injil itu kepada Abraham terlebih dahulu: “Melalui engkau, semua bangsa akan diberkati.” Dengan demikian, semua orang yang beriman diberkati bersama Abraham yang beriman.