GALATIA 3:6-8
GALATIA 3:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Apa yang telah berlaku kepada Abraham sangatlah mustahak. Di dalam Alkitab tertulis seperti ini, “Abraham percaya kepada Allah, dan kerana kepercayaannya dia diterima oleh Allah sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan Allah.” Demikianlah kamu harus sedar bahawa orang yang percaya kepada Allah ialah orang yang benar-benar keturunan Abraham. Alkitab telah memberitahu terlebih dahulu bahawa Allah memungkinkan orang bukan Yahudi berbaik semula dengan Allah, jika mereka percaya kepada-Nya. Di dalam Alkitab tertulis bahawa Berita Baik itu diberitahu kepada Abraham sebelum perkara itu berlaku, “Melalui engkau, Allah akan memberkati semua umat manusia di atas bumi.”
GALATIA 3:6-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sungguh pun spŭrti Ibrahim sudah pŭrchaya akan Allah, maka sŭbab itulah iya tŭlah dibilangkan bŭnar. Maka sŭbab itu kŭtahuilah ulih kamu, adapun sagala orang yang bŭriman itu, maka marika itu pun anak Ibrahim adanya. Kŭrna sŭbab ditilik ulih kitab dahulu, bahwa Allah kŭlak akan mŭmbŭnarkan orang orang sŭsat itu deri sŭbab iman; maka tŭlah dibri tahu dahulu Injil itu kapada Ibrahim, katanya, Maka deripada angkaulah kŭlak sagala bangsa manusia akan bŭrulih slamat.
GALATIA 3:6-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Samalah sebagaimana Abraham: “Dia mempercayai Allah, dan hal itu diperhitungkan baginya sebagai perbenaran.” Oleh itu ketahuilah, hanya mereka yang beriman dianggap anak cucu Abraham. Oleh sebab telah diketahui bahawa Allah akan memperbenar bangsa asing melalui iman, Kitab Suci telah menyampaikan Injil itu kepada Abraham terlebih dahulu: “Melalui engkau, semua bangsa akan diberkati.”