GALATIA 3:27-29
GALATIA 3:27-29 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu semua telah dibaptis dan disatukan dengan Kristus. Oleh itu, sekarang kamu sudah menerima sifat-sifat Kristus sendiri. Dalam hal ini tidak ada lagi perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi, antara abdi dengan orang bebas, antara lelaki dengan perempuan. Kamu semuanya menjadi satu kerana Kristus Yesus. Jika kamu milik Kristus, maka kamu keturunan Abraham dan akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah.
GALATIA 3:27-29 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna sŭbrapa kamu yang tŭlah dibaptisakan kapada Almasih tŭlah mŭmakie akan Almasih. Iya itu baik Yahudi baik Grika, baik abdi, atau mŭrdehka, baik laki laki, atau pŭrampuan, kŭrna kamu skalian ini satu adanya kapada Isa Almasih. Dan jikalau kamu milik Almasih, maka kamulah juga bŭnih Ibrahim, dan warith warith mŭnurot pŭrjanjian itu.
GALATIA 3:27-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dan semua antara kamu yang telah dibaptiskan dalam Kristus telah meliputi dirimu dengan Kristus. Tiadalah lagi orang Yahudi atau orang Yunani, hamba atau orang merdeka, lelaki atau perempuan, kamu semua menjadi satu dalam Kristus Yesus. Dan jika kamu milik Kristus, kamu ialah benih Abraham, dan menjadi waris menurut janji itu.