GALATIA 3:10-14
GALATIA 3:10-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Mereka yang bergantung kepada Taurat, hidup di bawah kutukan. Di dalam Alkitab tertulis, “Orang yang tidak melakukan semua yang tertulis di dalam kitab Taurat, dikutuk oleh Allah!” Sekarang nyatalah bahawa tidak seorang pun dapat berbaik semula dengan Allah kerana mengikut Taurat. Hal ini tertulis di dalam Alkitab, “Hanya orang yang percaya kepada Allah sehingga hubungannya dengan Allah menjadi baik semula, akan hidup.” Tetapi Taurat tidak berdasarkan iman. Di dalam Alkitab tertulis, “Orang yang melakukan semua hukum Taurat akan hidup kerana Taurat itu.” Tetapi Kristus telah membebaskan kita daripada kutukan yang didatangkan oleh Taurat. Dia melakukan hal ini dengan membiarkan diri-Nya terkutuk kerana kita. Di dalam Alkitab tertulis, “Terkutuklah orang yang mati digantung pada pokok.” Kristus berbuat demikian supaya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada Abraham, juga boleh diberikan kepada orang bukan Yahudi. Dengan demikian kita yang percaya kepada Allah, dapat menerima Roh yang dijanjikan oleh Allah.
GALATIA 3:10-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna sŭbanyak orang yang ada deripada amal tauret itu, maka iya itu dibawah kutok adanya; kŭrna tŭlah tŭrsurat, Maka kutoklah kiranya sagala orang yang tiada tŭtap bŭrbuat akan sagala sŭsuatu yang ada tŭrsŭbut dalam kitab tauret. Maka tŭntulah sudah sa’orang pun tiada dibŭnarkan ulih tauret dihadapan Allah, kŭrna orang yang bŭnar itu akan slamat sŭbab iman. Adapun tauret itu bukannya pohon iman, mŭlainkan manusia yang mŭlakukan sagala pŭrkaranya itu akan slamat dalam dia. Maka Almasih tŭlah mŭnŭbos kami deripada kutok tauret itu, sŭbab iya tŭlah kŭna kutok sŭbab kami; kŭrna tŭlah tŭrsurat, Kutoklah kiranya barang siapa yang tŭrgantong kapada kayu; Supaya slamat Ibrahim itu bulih sampie kapada sagala orang orang sŭsat itu dŭngan bŭrkat Isa Almasih, dan supaya kami pun bulih mŭnŭrima pŭrjanjian Roh itu ulih sŭbab iman.
GALATIA 3:10-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setiap orang yang bergantung kepada usahanya sendiri mengerjakan hukum Taurat adalah terlaknat, kerana sudah tersurat: “Terlaknatlah orang yang tidak terus-menerus melakukan segala yang tersurat dalam Hukum Kitab Taurat.” Jelaslah bahawa tiada siapa pun diperbenar di mata Allah dengan mengerjakan hukum Taurat, kerana, “Orang yang benar akan hidup dengan iman.” Hukum Taurat tidak berdasarkan iman; tetapi, “Orang yang melakukan hal-hal ini akan hidup mengikutnya.” Kristus telah menebus kita daripada laknat hukum Taurat itu dengan menanggung laknat itu untuk kita, kerana telah tersurat: “Terlaknatlah setiap orang yang tergantung pada kayu salib.” Dia menebus kita supaya berkat Abraham datang kepada bangsa asing melalui Kristus Yesus, dan kita menerima Roh yang dijanjikan itu melalui iman.