GALATIA 2:15-16
GALATIA 2:15-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kita memang asal orang Yahudi bukan orang berdosa daripada bangsa asing; tetapi kita mengetahui bahawa seseorang itu diperbenar bukanlah kerana mengerjakan hukum Taurat tetapi kerana beriman akan Kristus Yesus. Oleh itu, kita pun mempercayai Kristus, supaya kita diperbenar kerana beriman akan Kristus, bukan kerana mengerjakan hukum Taurat. Tiada seorang pun manusia yang diperbenar kerana mengerjakan hukum Taurat.
GALATIA 2:15-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Memang benar kami ini dilahirkan sebagai orang Yahudi, dan bukan “orang bukan Yahudi yang berdosa”. Meskipun demikian kami tahu bahawa orang berbaik semula dengan Allah kerana percaya kepada Yesus Kristus, dan bukan kerana mengikut Taurat. Kami pun percaya kepada Yesus Kristus, supaya kami berbaik semula dengan Allah melalui iman kami, bukan kerana kami mengikut Taurat. Dengan mengikut Taurat, tiada seorang pun dapat berbaik semula dengan Allah.
GALATIA 2:15-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun kami yang bŭrasal orang Yahudi, dan bukannya orang bŭrdosa deripada bangsa sŭsat, Kami mŭngatahui bahwa sa’orang manusia itu tiada dibŭnarkan ulih amal tauret, mŭlainkan ulih bŭrimankan Isa Almasih, sungguh pun kami tŭlah pŭrchaya akan Isa Almasih, supaya kami dibŭnarkan ulih iman Almasih, dan bukannya kŭrna amal tauret: kŭrna ulih amal tauret itu sa’orang manusia tiada dibŭnarkan.