GALATIA 1:1-5
GALATIA 1:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku, Paulus, menyampaikan salam kepada jemaah di negeri Galatia. Aku dilantik menjadi rasul oleh Yesus Kristus dan Allah Bapa kita yang telah membangkitkan Yesus daripada kematian. Aku menjadi rasul bukan dengan perantaraan manusia ataupun kerana dilantik oleh manusia. Semua saudara Kristian di sini turut menyampaikan salam kepada jemaah di negeri Galatia. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan. Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Kristus telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya untuk mentaati kehendak Allah Bapa kita. Terpujilah Allah selama-lamanya! Amin.
GALATIA 1:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA Paulus sa’orang rasul, bukannya surohan deripada manusia, dan bukannya pula ulih manusia, mŭlainkan Isa Almasih, dan Allah iya itu Ayah, yang tŭlah mŭmbangkitkan Isa deripada matinya. Sŭrta dŭngan saudara saudara skalian yang ada bŭrsama sama dŭngan aku, iya itu datang kapada sagala sidang jŭmaah yang diGalatia. Adalah kiranya anugrah pada kamu, dan slamat deripada Allah iya itu Ayah, dan deripada Tuhan kami Isa Almasih. Yang tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya kŭrna sagala dosa kami, supaya iya mŭlŭpaskan kami deripada dunia yang jahat pada masa ini, spŭrti kahandak Allah iya itu Ayah kami. Maka bagienyalah juga kamulian pada slama lamanya. Amin.
GALATIA 1:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Daripada Paulus, seorang rasul — bukan daripada manusia atau melalui manusia, tetapi melalui Yesus Kristus dan Allah Bapa, yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian — dan daripada semua saudara yang bersamaku, Kepada semua jemaah di Galatia: Kasih kurnia dan damai sejahtera kepadamu daripada Allah Bapa dan daripada Tuhan Yesus Kristus yang telah menyerahkan diri-Nya untuk menebus dosa kita agar Dia melepaskan kita daripada zaman durjana ini, menurut kehendak Bapa kita Allah. Bagi-Nyalah kemuliaan selama-lamanya. Amin.