EZRA 8:21-23
EZRA 8:21-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Selepas itu, di pinggir Sungai Ahawa, saya mengisytiharkan bahawa kami harus berpuasa dan merendahkan diri di hadapan Allah. Kami berdoa agar Dia memimpin kami dalam perjalanan dan melindungi kami, anak-anak kami, dan segala milik kami. Saya segan meminta pasukan berkuda daripada raja untuk mengawal kami daripada serangan musuh dalam perjalanan. Saya berbuat demikian kerana saya memberitahu baginda bahawa Allah kami memberkati setiap orang yang berharap kepada-Nya, tetapi Dia murka dan menghukum sesiapa sahaja yang tidak setia kepada-Nya. Demikianlah kami berpuasa dan berdoa agar Allah melindungi kami, dan Dia pun mengabulkan doa kami.
EZRA 8:21-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lalu di tepi Sungai Ahawa itu aku mengisytiharkan puasa (bagi anggota rombongan) agar kami merendahkan diri di hadapan Allah kami dan memohon kepada-Nya jalan yang aman bagi kami, anak-anak kami, serta segala harta benda kami. Sebabnya aku malu meminta daripada raja agar kami dibantu pasukan askar dan orang berkuda untuk menghadapi musuh di jalan, kerana kami telah berkata kepada raja, “Tangan Allah kami penuh kemurahan bagi semua orang yang mencari hadirat-Nya, tetapi kuasa-Nya dan kemurkaan-Nya menimpa semua orang yang meninggalkan-Nya.” Jadi, kami berpuasa dan memohon seperti itu kepada Allah kami, dan Dia mengabulkan permohonan kami.