YEHEZKIEL 45:9-10,17-20
YEHEZKIEL 45:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN Raja berfirman, “Hai kamu yang memerintah Israel, kamu telah berdosa terlalu lama. Hentikan penindasan dan perbuatan yang kejam. Lakukan yang benar dan adil. Jangan sekali-kali usir umat-Ku dari tanah mereka lagi. Aku, TUHAN Raja, berfirman kepada kamu. Setiap orang harus menggunakan timbangan dan sukatan yang tepat
YEHEZKIEL 45:17-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi pada perayaan-perayaan bulan baru, hari Sabat, dan hari perayaan yang lain, penguasa bertanggungjawab menyediakan binatang untuk dipersembahkan sebagai korban, dan juga korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, serta korban wain bagi seluruh bangsa Israel. Dialah yang bertanggungjawab menyediakan korban untuk mengampunkan dosa, korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan korban untuk memohon berkat-Ku. Maka Aku akan mengampunkan dosa umat Israel.” TUHAN Raja berfirman, “Pada hari pertama, bulan pertama, kamu harus menyucikan Rumah-Ku dengan mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang tidak ada cacat. Lalu imam harus mengambil darah daripada korban untuk mengampunkan dosa itu, lalu menyapukannya pada tiang-tiang pintu Rumah TUHAN, keempat-empat sudut mazbah, dan tiang-tiang pintu gerbang yang menuju ke halaman dalam. Pada hari ketujuh, bulan itu, kamu harus berbuat demikian juga untuk sesiapa sahaja yang berdosa dengan tidak sengaja atau tanpa diketahuinya. Dengan demikian, kamu akan menjaga kesucian Rumah-Ku.
YEHEZKIEL 45:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Cukuplah itu, wahai raja-raja Israel! Jauhkanlah kekerasan dan penjarahan. Tegakkanlah keadilan dan kebenaran. Hentikanlah perampasan terhadap milik umat-Ku, demikianlah firman Tuhan ALLAH. Gunalah neraca yang betul, efa yang betul, dan bat yang betul.
Yehezkiel 45:17-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesungguhnya, raja wajib menyediakan korban bakaran, persembahan bahan makanan, dan persembahan minuman pada perayaan, bulan baru, hari Sabat, dan setiap hari perayaan keturunan kaum Israel. Dia harus mengolah korban penghapus dosa, persembahan bahan makanan, korban bakaran, dan korban kedamaian untuk mengadakan pendamaian bagi keturunan kaum Israel.’ Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Pada hari pertama pada bulan pertama, ambillah seekor lembu jantan muda yang tidak bercacat cela dan sucikanlah tempat suci itu. Imam harus mengambil sebahagian daripada darah korban penghapus dosa lalu melumurkannya pada tiang-tiang pintu Bait Suci, pada keempat-empat penjuru tingkat teratas mazbah, dan pada tiang-tiang pintu gerbang pelataran dalam. Lakukanlah juga demikian pada hari ketujuh dalam bulan itu bagi orang yang berbuat dosa kerana kejahilan dan kesilapan yang tidak sengaja. Dengan begitu engkau mengadakan pendamaian bagi Bait Suci.